Tuesday, 27 October 2015

Servis Repair Tudung (Hard to Soft awning)

Jagalah kualiti dalam servis tudung anda
Mempunyai tudung yang mahal dan cantik pasti menjadi dambaan semua wanita bertudung.Malah keluarga atau orang terdekat juga pasti menyukai atau berasa senang bila melihat tudung yang digayakan itu.
Kebanyakan pemilik tudung berawning seperti tudung Ariani atau Fareeda memerlukan penjagaan yang cermat kerana tudung sebegini mudah terdedah kepada kerosakan pada sengkuap/awning tudung mereka.
Dalam perkhidmatan yang kami sediakan iaitu membaiki awning tudung(Ariani/Fareeda) langkah terawal yang kami gunakan ialah memastikan tudung yang dibaiki tidak berubah dari segi saiz asal tudung berkenaan.
Cara yang kami gunakan ialah dengan tidak memotong walau seinci pun kain tudung yang dibaiki.Kami mengambil langkah membuka jahitan asal satu persatu.Dengan kata lain kami menetas jahitan pada awning tudung itu sebelum membina semula struktur awning mengikut kedudukan asal.
Kemudiannya kami akan sebaik mungkin cuba mendapatkan kain awning dengan warna yang sama.Sekiranya warna asal kain tidak diperolehi kami akan menggunakan warna yang paling mirip dengan yang asal.
Jadi apabila awning baru dipasang semula ia menghasilkan padanan atau 'matching' yang sangat sesuai dengan tudung yang dibaiki itu.Ini akan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Kami ingin menekankan bahawa sekiranya anda diluar sana membaiki tudung pelanggan..sila pastikan anda tidak merosakkan ukuran asal tudung yang diperbaiki.Kenapa kami membuat penekanan ini kerana tindakan yang anda buat itu akan mendatangkan perspektif yang tidak baik kepada semua pengusaha seperti kami.
Pelanggan tidak semuanya tahu bahawa membaiki tudung mempunyai banyak method.Oleh itu kami berharap pengusaha lain diluar sana menambahbaik kualiti agar mendapat kepercayaan dan keyakinan pelanggan keatas pengusaha seperti kami.

No comments:

Post a Comment