Tuesday, 1 December 2015

Tukar awning lagi...

Tukar hard awning kain taffeta
Mempelbagaikan gambar memang perlu untuk menunjukkan step bagaimana menukar sengkuap tudung.Tapi kami tak berkesempatan untuk memperincikan melalui gambar.Jadi satu gambar ni rasanya sudah cukup untuk menunjukkan perubahan yang kami buat.
Kesempatan tu tak ada bukan apa..sebabnya yang buat semua keje2 tukar awning ni sangat pantas dalam menyiapkan tempahan..
Ok sekian untuk kali ni..
Jangan lupa singgah ke facebook page kami ye.. Klik je link bwh ni..
https://m.facebook.com/kliniktudunghazara

Monday, 23 November 2015

Tukar awning(sengkuap) tudung labuh

Resolusi Tudung Labuh Hard Awning

Dalam pemilihan kain awning beberapa aspek perlu diambil perhatian.Pertamanya kita perlu memastikan kain yang dipilih adalah kain yang sama(taffeta,corduroy,cotton dll).

Seterusnya warna kain yang akan digunakan untuk pembaharuan awning hendaklah warna yang sepadan atau paling hampir dengan yang asal supaya 'match' dengan body tudung berkenaan.

Selalunya dalam hal pemilihan kain ini pelanggan mempunyai beberapa option antaranya :
1.Menggunakan kain yang betul-betul sama dengan yang asal.
2.Menggunakan kain yang sama tapi pengeras(bakrum) berbeza.
3.Menggunakan kain yang berbeza(hard or soft awning).
4.Menggunakan warna yang sama tapi pengeras(bakrum) yang berbeza.

Aspek berikutnya ialah memastikan penstrukturan semula awning berpadanan atau sama dengan yang asal.Semasa membuat penyambungan semula antara body tudung dengan awning kedudukan hujung ke hujung tudung hendaklah balance agar tidak berlaku pemasangan awning yang senget..


    Sebelum


    Selepas


   Gambar: Awning baru menggunakan bakrum lebar

Wednesday, 11 November 2015

Resolusi Tudung Twist Hard Awning

Assalamualaikum..
Untuk kali ni kami cuba nak tonjolkan lagi sekali tentang hasil resolusi pada awning tudung yang telah kami buat.
Berdasarkan gambar ni kita dapat lihat bagaimana keadaan tudung Twist ini sebelum kita tukar awning dan juga selepas daripada itu.
Pada penjuru gambar kita cuba memperlihatkan bagaimana kekemasan jahitan,warna kain dan juga bentuk awning yang telah kami baikpulih atau perbaharui.
Dan yang paling penting pembaharuan ini tidak merosakkan kain atau mengubah apa2 struktur pada tudung yang diperbaharui malah padanan kain yang dipilih telah mencantikkan lagi tudung tersebut.
Jika anda perhatikan betul2 anda akan nampak sedikit bentuk pengeras yang kami gantikan didalam awning tersebut.Pengeras awning ni terdapat 2 atau lebih jenis iaitu yang lebar atau yang biasa

Wednesday, 4 November 2015

Jangan potong kain tudung orang..nanti rosak dan merosakkan nama perkhidmatan.

Assalam..
Untuk post kali ni kami tampilkan kononnya sedikit kelainan dari segi presentation pada gambar.
Sebenarnya ia untuk menunjukkan keberkesanan dari apa yang kami terangkan dalam post kami sebelum ni.Iaitu mengenai ketelitian atau kebaikan yang dapat jika kita membuka jahitan asal apabila hendak menukar awning rosak atau menggantikannya.
Disini anda akan nampak bagaimana struktur awning baru itu kelihatan 'terletak' dengan elok dan menyerlahkan ke'Ori'annya.
Tiada seinci pun kain dari tudung ini kami potong supaya dapat mengekalkan saiz atau bentuk asalnya.
Terima kasih pelanggan yang mempercayai servis kami.

Tuesday, 27 October 2015

Servis Repair Tudung (Hard to Soft awning)

Jagalah kualiti dalam servis tudung anda
Mempunyai tudung yang mahal dan cantik pasti menjadi dambaan semua wanita bertudung.Malah keluarga atau orang terdekat juga pasti menyukai atau berasa senang bila melihat tudung yang digayakan itu.
Kebanyakan pemilik tudung berawning seperti tudung Ariani atau Fareeda memerlukan penjagaan yang cermat kerana tudung sebegini mudah terdedah kepada kerosakan pada sengkuap/awning tudung mereka.
Dalam perkhidmatan yang kami sediakan iaitu membaiki awning tudung(Ariani/Fareeda) langkah terawal yang kami gunakan ialah memastikan tudung yang dibaiki tidak berubah dari segi saiz asal tudung berkenaan.
Cara yang kami gunakan ialah dengan tidak memotong walau seinci pun kain tudung yang dibaiki.Kami mengambil langkah membuka jahitan asal satu persatu.Dengan kata lain kami menetas jahitan pada awning tudung itu sebelum membina semula struktur awning mengikut kedudukan asal.
Kemudiannya kami akan sebaik mungkin cuba mendapatkan kain awning dengan warna yang sama.Sekiranya warna asal kain tidak diperolehi kami akan menggunakan warna yang paling mirip dengan yang asal.
Jadi apabila awning baru dipasang semula ia menghasilkan padanan atau 'matching' yang sangat sesuai dengan tudung yang dibaiki itu.Ini akan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Kami ingin menekankan bahawa sekiranya anda diluar sana membaiki tudung pelanggan..sila pastikan anda tidak merosakkan ukuran asal tudung yang diperbaiki.Kenapa kami membuat penekanan ini kerana tindakan yang anda buat itu akan mendatangkan perspektif yang tidak baik kepada semua pengusaha seperti kami.
Pelanggan tidak semuanya tahu bahawa membaiki tudung mempunyai banyak method.Oleh itu kami berharap pengusaha lain diluar sana menambahbaik kualiti agar mendapat kepercayaan dan keyakinan pelanggan keatas pengusaha seperti kami.