Klinik
Tudung HaZara menyediakan perkhidmatan menukar atau memperbaharui
awning/pengeras/bakrum pada tudung yang telah rosak kepada awning baru. Awning
memainkan peranan penting untuk mengekal atau menampakkan tudung sentiasa kelihatan
kemas dan cantik.Ia sebenarnya terdiri daripada kertas bergam yang melekat pada
kain setelah diseterika yang mana ia berfungsi sebagai tulang belakang bagi
setiap awning tudung sedemikian.
Kerosakan
pada tudung terkini selalunya melibatkan awning yang patah, jahitan yang
terbuka dan sebagainya.Ramai dikalangan wanita yang mempunyai tudung berjenama
yang awningnya telah rosak tidak dapat menggayakannya lagi dan terpaksa
membuangnya. Kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa mereka masih boleh
menggayakan tudung kesayangan mereka hanya dengan memperbaiki kerosakan
tersebut.
Sehubungan
itu, Klinik Tudung HaZara membuka jalan penyelesaian atau alternatif bagi
membantu para wanita berhijab dapat menggayakan semula tudung kesayangan mereka.
Perkhidmatan yang dibuka ini secara tidak langsung dapat menjimatkan
perbelanjaan dalam aspek pemakaian bagi wanita berhijab.
Berikutan
kepesatan transformasi fesyen muslimah di pasaran sekarang yang mana melibatkan
hampir semua lapisan umur, maka Klinik Tudung HaZara juga menyediakan perkhidmatan
menambah awning pada Selendang,Tudung Halfmoon,Tudung Bawal dan sebagainya
khusus untuk penggemar tudung tersebut yang mahu kelihatan lebih menawan dan
selesa serta kemas semasa menggayakannya.
No comments:
Post a Comment